Isnin, 13 September 2010

Tahun Melawat Terengganu

...TerEnGGaNu DaRuL ImAn...
       Antara tempat menarik di Terengganu ialah  Wisma Darul Iman, Kampung Cina, Pasar Payang, Istana, Muzium Negeri, Pulau Duyong dan Kompleks Kraf Noor Arfa.

        Kuala Terengganu terkenal dengan kraf tangannya, terutama songket dan ukiran tembaga. Produk kraftangan Terengganu menjadi koleksi ekslusif di seluruh dunia.

            Seterusnya, Kuala Terengganu juga terkenal dengan keunikan kesenian kebudayaan seperti tarian ulik mayang, tarian rodat, tarian saba, tarian balai, tarian gayung otar-otar, permainan gasing.

            Penduduk Kuala Terengganu yang terkenal sebagai pelaut dan pelayar yang cekap memiliki kemahiran tinggi dalam membuat dan mengukir perayu nelayan, perahu kolek, setak, sekoci, jalur dan yang paling masyur ialah perahu payang. Lokasi pembuatan perahu masih kekal dari dahulu hinggalah sekarang termasuk dikampung Losong, Duyung, Telok Pasu dan Pulau Rusa.

            Pantai dan Pulau-pulau yang berada didalam kawasan Kuala Terengganu seperti pulau Redang, Pulau Bidong, Pulau Duyung, pantai Batu Burok, Telok Ketapang merupakan destinasi kunjungan dan pelancongan utama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan