Selasa, 14 September 2010

pulau bidong


Pulau Bidong

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Koordinat: 5°37′N, 103°04′E
Pulau Bidong ialah sebuah pulau kecil di Terengganu, Malaysia. Ia terletak di luar pantai Terengganu di Laut China Selatan.
Pada 1978, sebuah kem pelarian untuk pendatang tanpa izin Vietnam telah dibina di pulau ini oleh Kerajaan Malaysia dan UNHCR. Ketika ia ditutup pada 1991, kira-kira 250,000 pelarian berada di kem sebelun diterima kebanyakannya oleh Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Perancis. Selepas kem ditutup, banyak pelarian telah dihantar pulang ke Vietnam



Pulau Bidong sememangnya kekal dalam ingatan rakyat Malaysia dan dunia sebagai tempat penempatan pelarian Vietnam sementara antara 1975 - 1990.
Zaman pelarian Vietnam bermula dengan kejatuhan kerajaan demokratik Vietnam Selatan yang disokong Amerika Syarikat ke tangan kerajaan komunis Vietnam Utara pada April 1975. Susulan dengan itu, rakyat Vietnam yang merasa terancam nyawa mereka mula melarikan diri kenegara luar, termasuk melalui jalan laut untuk sampai kenegara lain termasuk Malaysia.
Pendaratan di Malaysia yang pertama adalah pada bulai Mei 1975 apabila sekumpulan pelarian Vietnam yang pertama mendarat di Malaysia di Pulau Perhentian, Besut. Ia kemudiannya diikuti oleh beberapa siri pendaratan lain sehingga meningkat kepada 1,400 pelarian pada 1977. Pada Ogos 1978, melalui pewartaan PU(A) 227, kerajaan negeri Terengganu bersetuju mengistiharkan Pulau Bidung sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam. Kesannya, nelayan tidak dibenarkan menggunakan perairan pulau ini pada jarak 182 dari pulau dan pulau Bidung diistihar sebagai pulau larangan.
Pelarian Vietnam mendarat saban hari, walaupun pada musim tengkujuh, dan jumlah mereka yang terkorban kerana tenggelam dipukul ribut tidak dapat dipastikan dengan tepat, bagaimanapun dianggarkan jumlah kematian pastinya tinggi, disebabkan faktor penggunaan kapal yang tidak sesuai bagi pelayaran jauh disebabkan terlalu lapuk, usang/ jenis kegunaan sungai sahaja, faktor serangan lanun, jumlah penumpang yang selalunya melebihi had selamat, pelayaran dilakukan pada musim ombak besar, kekurangan bekalan makanan, kerosakan enjin, dll.
Jumlah pelarian paling tinggi pada sesuatu pelayaran adalah pendaratan kapal Hai Hong di Pelabuhan Klang pada November 1978 dengan sejumlah 2,400 pelarian di atasnya.
Kemuncak penempatan di pulau Bidung berlaku pada 1978 dengan 60,000 orang tinggal di pulau Bidung pada satu-satu masa, dan 20,000 berjaya dipindahkan kenegara ketiga pada akhir tahun yang sama.
Di antara 1978-1990 jumlah pendaratan pelarian Vietnam ke Malaysia adalah 252,390 dan seramai 4,535 bayi direkodkan kelahirannya. Pulau Bidong dikosongkan sepenuhnya pada 1991.
Bekas pelarian pulau Bidong telah mendirikan 2 tugu peringatan di pulau tersebut, bagi memperingati rakan-rakan mereka yang terkorban.
Pulau Bidong kembali bergolak apabila kerajaan Vietnam menggesa kerajaan Terengganu bagi merombakkan tugu peringatan kedua, yang didirikan diperkuburan pulau tersebut kerana mengandungi kenyataan yang dianggap memalukan kerajaan Vietnam.
Sejarah pulau Bidong tersiar dalam 11 Julai 2005, muka 11, Berita Harian

pulau redang

Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.

Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.
Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang atau Kuala Trengganu dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika. Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.


Sejarah

Pada 1851, Abdullah Abdul Kadir Munshi pernah menceritakan hal Pulau Redang :
"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari...."

PULAU DUYUNG

Pulau Duyong merupakan sebuah pulau di muara Sungai Terengganu di negeri Terengganu, Malaysia. Dahulunya, ia terbahagi kepada Pulau Duyong Besar dan Pulau Duyong Kecil, tetapi pemendapan dan longgokan pasir telah menyatukannya dan juga merubah garis pantainya. Suatu kawasan pendapan baru telah dimajukan menjadi Resort Teluk Warisan yang menjadi tuan rumah kepada lumba kapal layar tahunan Piala Monsun.
Pulau Duyong dahulunya menjadi penginapan ulama terkenal Tok Syeikh Duyong[1] (1802-1889), yang disegani istana dan juga rakyat, dan keturunannya, dan merupakan tempat pengajian agama. Kota Lama Duyong[2] ialah peninggalan zaman itu. Oleh kerana bentuk geografinya dan keertian lokasinya dalam keilmuan agama, Pulau Duyong pernah dirujuk sebagai 'lidah Terengganu'.

MUZIUM NEGERI TERENGGANU




                                                            pengenalan
 

Muzium Negeri Terengganu terletak di Bukit Losong, Kuala Terengganu iaitu lebih kurang 5 km dari pusat bandar. Di atas keluasan tanah 27 hektar, terdirinya 4 buah blok bangunan, blok bangunan utama terdiri daripada lima ( 5 ) tingkat dan tiga (3 ) buah blok lagi empat tingkat. Keluasan lantai keseluruhan bangunan ini ialah 75,075 meter persegi. Aras satu ( 1 ) dan aras dua ( 2 ) digunakan untuk bangunan ruang pejabat ( pentadbiran dan kuratorial ), bilik makmal, bilik fumigasi, studio fotografi, bengkel, bilik simpanan koleksi, bilik mesyuarat, ruang sembahyang, bilik pelbagai guna, dewan teater dan perpustakaan. Aras tiga ( 3 ) hingga lima ( 5 ) digunakan untuk ruang pameran. Ruang-ruang pameran dikenali sebagai Galeri Tekstil, Kraf, Sejarah, Diraja, Seni Islam, Ilmu Kejadian, Petrolium dan pameran sementara. Kompleks ini mula diduduki pada bulan April 1994 dan telah dirasmikan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Shah Ibni Almarhum Sultan Nasiruddin Shah pada 20 April 1996.
pantun.jpg (6385 bytes)
Saksikan pelbagai artifek arkeologi yang menggambarkan tamaddun purba di Terengganu. Pertembungan dua budayagsej1.jpg (7269 bytes) melalui seramik China yang terkenal dengan karya seninya.Tidak kurang juga numismatik yang pastinya menarik perhatian anda.
Menghayati  peristiwa-peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di Terengganu serta mengenali  tokoh-tokoh sasterawan dan sejarawan digsej3.jpg (8659 bytes) samping menteladani serta menghargai segala jasa-jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh mereka dalam membawa perubahan besar kepada negeri Terengganu,bumi bertuah ini.
gsej2.jpg (9770 bytes)Semuanya terdapat di Galeri Sejarah
gislamt.jpg (12608 bytes)

Galeri Islam mendedahkan perbincangan aspek agama Islam yang telah mengubah segala bentuk corak hidup manusia di seluruh dunia. Di Tanah Melayu, Islam didokong dan diperjuangkan oleh nenek moyang zaman silam hingga dapat ditegakkan dengan jayanya hingga kini.
Saksikanlah keunikan Batu Berukir Terengganu, satu penemuan yang menjadi bukti penyebaran dan kegemilangan Islam serta bermulanya tulisan Jawi di Nusantara.
Pelajari dan singkapkan rahsia artifek-artifek yang banyak dipamerkan dalam Galeri Islam. Pasti akan menarik perhatian anda.


graja.jpg (9899 bytes)

  Galeri Diraja membawa anda meninjau bila dan dimanakah Kesultanan Terengganu bermula serta siapakah sultan Terengganu yang pertama ?. Persoalan ini akan terjawab dengan mengkaji salasilah insititusi Kesultanan Terengganu di Galeri Diraja yang turut mempamerkan keunikan keris berpintal kepunyaan sultan, keindahan pingat-pingat dan bintang kebesaran yang dikurniakan kepada mereka yang berjasa.
Semuanya di Galeri Diraja !


graja1.jpg (16690 bytes)



galkraf.jpg (15795 bytes)

kraf.jpg (17613 bytes)
Galeri Kraf memaparkan zaman kegemilangan industri kraftangan yang diwarisi zaman-berzaman. Kesemuanya dihasilkan dengan menggunakan teknologi tradisional berasaskan kemahiran dan kepakaran yang bermutu tinggi, halus dan mempersonakan. Pelajarilah cara-cara membuat barangan tembaga di tempat yang begitu realistik serta kenalilah berbagai-bagai hasil keluarannya.
Jangan lupa untuk menghayati kehalusan dan keindahan seni anyaman tikar, kelarai dan banyak lagi yang penuh berwarna-warni itu.


perahu




Perahu tradisional







Terengganu yang merupakan negeri pesisir pantai pastilah terkenal dengan berbagai-bagai perahu tradisionalnya. Antaranya adalah perahu Payang Barat, Perahu Bedar, Perahu Sekoci dan pelbagai lagi.

Perahu-perahu di Terengganu juga mempamerkan nilai seni yang sangat tinggi khususnya dari segi pembuatan dan hiasan corak pada badan perahu. Perahu ini mampu bertahan sehingga 30 tahun kerana ia diperbuat seratus peratus daripada cengal.
Pernah dahulu apabila tiba waktu musim bah(banjir) perahu sekoci yang dibawah rumah, menjadi mangsa aku dengan kawan-kawan untuk bermain pusing kampung. Seronok bukan kepalang pada waktu itu.
Di muzium aku naik pula perahu besar. Sekarang perahu besar itu menjadi replika sejarah di muzium. Saiznya yang besar membuatkan rasa kagum dan hebat pada hasil tangan orang-orang kita.

permainan gasing



Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Jenis-jenis Gasing

Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.


Membuat Gasing

Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.

Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.

Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala


 Cara Bermain
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.

Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut. gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja


 Pertandingan Gasing

Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.
.
 
Gasing Uri

Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras.

Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam


Gasing Pangkah

Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing.

Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.

gayung

Goyang OtarSebagai sebuah tarian pahlawan, Tarian Gayong Otar ditarikan berpasang-pasangan (lelaki sahaja). Di samping pedang, penari juga membawa sebuah perisai yang digantung padanya loceng-loceng kecil. Dua baris penari akan berundur dan untuk setiap pergerakan barisan penari itu tidak akan berpecah. Alat-alat muzik iringan ialah gong dan gendang dan pakaian penari pula adalah pakaian silat Melayu.

saba

Tarian ritual ini boleh dilihat di Ulu Terengganu, Terengganu. Bahan seperti pucuk kelapa (Saba) yang dijadikan bahan utama, bertih, kemenyan dan berjenis alat yang penuh dengan semangat digunakan dalam tarian ini. Penari-penari akan menari dalam jelmaan binatang-binatang. Selalunya temasya ini diadakan selepas musim menuai, sembuh dari penyakit, menyambut tetamu datang dan bila cukup tahun.
Tarian Saba

rodat

Asal Usul

Hingga ke hari ini belum dapat dipastikan dengan tepat bilakah Permainan Rodat ini bermula di Terengganu. Mengikut para-para guru rodat di Terengganu, asal Rodat yang sebenarnya ialah dari Timur Tengah. Ini berdasarkan lagu-lagu yang dinyanyikan adalah disalin daripada Kitab Hadrah, begitu juga dengan Rebana Tar yang digunakan hampir sama dengan rebana Hadrah … (3). Sebelum tiba di Terengganu, rodat ini dipercayai dibawa oleh pedagang-pedagang dari Pulau Sambas di Borneo. … "Very few of the instructor of performers had any idea of the origin of the performance, but in one or two cases it was recalled that years ago natives of Sambas in Borneo used to come anually in the fine weather for trading, and that during their stay in Terengganu they used to dance the 'Rodat' …The dance had proved popular and the local people had learn it from the traders … " (4).

Mengikut pengarang Mastika Ogos 1967 mengatakan lebih kurang 50-60 tahun dahulu Tarian Rodat ini dibawa oleh pedagang-pedagang Sambas dan Pontianak ke Terengganu. Mereka ini datang ke Terengganu untuk membeli budu, kain songket, benang emas, perkakas tenunan dan lain-lain. Mereka belayar dengan perahu besar. Tiba di Teluk Terengganu bila hari malam anak-anak kapal Sambas ini pun berkumpulan 10 - 20 orang sambil memukul rebana kecil yang memang mereka bawa belayar bersama-sama dan menyanyilah mereka sambil menari hingga jauh malam. Suara yang lunak lembut semakin larut semakin menjolok perasaan telah menarik perhatian penduduk-penduduk pantai Kuala Terengganu, bahkan menarik mereka menghampiri perahu-perahu besar Sambas itu. Dari sinilah mereka mula belajar Rodat. (5).

Tetapi menurut seorang Tok Guru Rodak Encik Salleh bin Musa ( 56 tahun ) mengatakan lebih kurang 70 -80 tahun lepas pedagang-pedagang kain dari Terengganu iaitu Muhammad Kepak, Cik Udun dan Abdullah Pepeh merupakan tokoh-tokoh yang membawa balik pelajaran Rodat ini yang dipelajari di Sambas. Mereka inilah yang memulakan Permainan Rodat di Terengganu khasnya di Kampung Pasir Panjang. Muhammad Kepak berperanan sebagai Tukang Adi, Cik Udin sebagai Orang Nenggak dan Abdullah Pepeh sebagai penghafal lagu-lagunya. Mulai dari ini tersebarlah permainan rodat ke seluruh negeri Terengganu. 

ulik mayang

Tarian Ulik Mayang
Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Dalam kesenian tarian Melayu, tarian ini mempunyai unsur-unsur pemujaan. Ulik Mayang ditarikan oleh 10 hingga 15 orang penari. Dahulu Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai. Ianya sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan. Terlebih dahulu mayang pinang dipuja serta digoncang-goncang atas bekas kemenyan. Kemudian mayang pinang tadi akan berpindah tangan dari seorang ke seorang. Kemuncak tarian ini apabila penari yang memegang mayang tidak sedarkan diri.
ulekmayang

kraftangan

Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan mempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak.
Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang lampau.

Sejarah songket

Sejarah dari mana datangnya kain songket itu tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun dan asal usul perkataan songket dikatakan berasal daripada ‘menyungkit’ kerana dalam bahasa Siam ‘kek’ membawa erti menyungkit selain ‘songkok’ (China) membawa maksud yang sama.
Mengikut Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang Melayu mengenai teknik songket mungkin diambil daripada orang Cina yang memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran budaya dari Timur Tengah, Parsi, Turki dan Moghul (India) telah memperkukuhkan lagi penghasilannya.
Tidak banyak diketahui mengenai asal songket, tetapi kemungkinannya penenunan songket berkembang di Malaysia melalui perkahwinan antara keluarga diraja, yang merupakan strategi penyatuan biasa sekitar abad ke-15.
Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu.

Corak dan motif

Corak dan motifnya memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu dan sekali gus mencerminkan cita rasa budaya bangsa yang mekar dalam persekitaran yang kaya dengan keindahan dan keunikan. Antara corak yang digunakan:
  • Susunan bunga penuh
  • Susunan bunga bertabur
  • Susunan bercorak
Motif yang digunakan pula adalah seperti:
  • Motif Tumbuh-tumbuhan
  • Motif Binatang

Proses pembuatan

Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun yang dipanggil kek tenun. Proses menyungkit dilakukan setelah benang karat butang disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.

Mencelup benang

Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.

Melerai benang

Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.

Menganeng benang

Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.

 Menggulung

Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan loseng.

Menyapuk benang

Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.

Mengarak benang

Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.

Menyongket benang

Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali sebagai proses ikat butang.

Menenun

Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.

Songket kini

Kain sampin yang diperbuat daripada songket
Hari ini, pemakainya lebih menyeluruh, tidak terhad kepada kerabat diraja. Cara pemakaiannya juga lebih meluas, bersesuaian dengan majlis begitu juga corak dan motifnya yang semakin kontemporari, sesuai dengan perubahan dan peredaran masa. Suasana yang melatari songket kini turut berubah selaras dengan peredaran masa.
Kini, usaha untuk memastikan kesinambungan industri songket masih berterusan dan secara relatifnya berjaya mencapai tahap yang memuaskan sehingga songket semakin popular digunakan sebagai busana majlis perkahwinan, hantaran perkahwinan, cenderahati dan hiasan dinding.
Peningkatan kos penghasilan sutera, benang emas dan perak serta perubahan fesyen dan trend sedikit sebanyak mempengaruhi industri songket seawal pertengahan abad ke-20.

Pejuang songket

Usaha memartabatkan industri songket Malaysia ke persada fesyen tanah air dan antarabangsa dicetuskan oleh Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood.
Perjuangan Allahyarham Endon yang tidak mengenal putus asa menganjurkan pelbagai program bagi mengembalikan kegemilangan songket Melayu seolah-olah memberi nyawa baru kepada industri seni fabrik yang menjadi identiti masyarakat Malaysia.

Isnin, 13 September 2010

KOMPLEKS NOOR ARFA BATIK

Pengasas Noor Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long berjinak dengan batik semasa menjadi pembantu makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an. Selepas mempelajari selok belok membuat batik dan dalam tahun 1980 beliau memulakan perniagaan batik di Kuala Terengganu dengan membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd. Selepas 26 tahun, syarikat Noor Arfa Batik kini mempunyai sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Cenderiang, Terengganu dengan 200 orang pekerja, mengeluarkan 150 produk batik.
Noor Arfa Batik kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah. Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama batik lukisan tangan yang menggunakan canting. Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan rekaan corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi tumpuan selebriti tempatan. Produk Noor Arfa batik ialah dalam bentuk lukisan tangan dan cetakan yang menghasilkan kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta cenderamata.


PULAU DUYUNG

Pulau Duyung terletak di muara Sungai Terengganu dan kita boleh (akses)sampai ke sana samada dengan menaiki bot atau juga dengan jalan darat. Sekiranya kita memilih untuk menggunakan bot sungai(bot tambang)kita akan dicajkan sekadar RM0.50, gitulah lebih kurang. Pulau Duyung terdiri daripada dua buah pulau iaitu Pulau Duyung Besar dan Pulau Duyung Kecil. Pulau Duyung yang sebenarnya bukanlah sebuah pulau kalau nak dikirakan. Ianya lebih kepada dua buah semenanjung yang menjulur keluar daripada tanah besar dan sungai ke arah laut. Pulau Duyung Besar adalah tempatnya untuk mencari Pembuat Bot Terbaik, Tersibuk(banyak menerima tempahan), yang paling diiktiraf dan juga Pembuat Bot Tradisional yang terawal di negara Malaysia, yang mana selepas ini Pulau Duyung akan menjadi destinasi pelancongan peringkat antarabangsa. Pulau Duyung dengan keluasannya beberapa hektar sahaja, dan terletak di antara Jambatan Sultan Mahmud dan Kuala Sungai Terengganu, begitu mudah dimasuki samada melalui jalan sungai atau jalan darat, dan boleh dilawati dengan mudah pada bila-bila masa sepanjang tahun. Di antara Pembuat bot tradisional terkenal yang masih hidup yang telah membuat bot pelayar daripada kayu ialah yang bernama Abdullah bin Muda. Beliau layak digelar sifu di dalam bidang pembuatan/hasil kerjatangan bot pelayar, di mana beliau amat dikenali dan sering dicari oleh Pelaut-pelaut/Pelayar-pelayar yang mengetahui tentang kepandaian atau kemahirannya di kalangan masyarakat pelayar/pelaut antarabangsa(kemahiran Abdullah bin Muda dalam pembuatan bot pelayar sudah terkenal di kalangan para-para pelaut/pelayar antarabngsa)di seluruh dunia. Kemahiran dan kepandaian Abdullah bin Muda telah terbukti dan termasyhur di seluruh dunia apabila beliau telah pun menerima banyak tempahan daripada negara-negara seperti Singapura, Kanada, Algeria, Australia, Amerika Syarikat, Denmark, Britain, New Zealand, Itali, Perancis, dan banyak lagi negara-negara semenjak penjualan produksnya di seberang laut pada tahun 1965.

MUZIUM NEGERI TERENGGANU

muzlama.jpg (5489 bytes)
Muzium Negeri Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 9 Tahun 1976. Penubuhan ini telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 28 Disember 1976 dan mula berkuatkuasa pada 1 November 1977.
Dari segi rentetan sejarahnya, hasrat dan cita-cita untuk menubuhkan Muzium Negeri ini tercetus sejak awal tahun 1920 an lagi natijah daripada peristiwa perjumpaan Batu Bersurat Terengganu di Kampung Buloh, Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902. Peristiwa penemuan Batu Bersurat yang bersejarah ini telah melahirkan rasa kegembiraan dan rasa kesyukuran seluruh rakyat Negeri Terengganu pada waktu itu. Namun, masalah timbul kerana ketiadaan tempat untuk menyimpan batu bersejarah ini. Keadaan ini telah mencabar dan menyedarkan pimpinan negeri itu betapa pentingnya negeri ini mempunyai Muzium sendiri.

ISTANA

Istana Maziah

Istana Maziah adalah lambang kemegahan institusi kesultanan Terengganu.Terletak berhampiran Bukit Puteri, kira-kira 200 meter dari gigi air sungai Kuala Terengganu. Di istana inilah upacara rasmi negeri diadakan seperti istiadat pertabalan kemahkotaan Sultan Terengganu, berkhatan, bertindik, perkahwinan dan sambutan tetamu utama negeri.

Istana Nur Nadhirah

Setakat yang diketahui, istana ini telah didirikan pada tahun 1920-an isitu selepas termeterainya perjanjian Terengganu-Inggeris pada tahun 1919 yang antara lain kandungannya mengkehendaki Kerajaan Terengganu menyediakan sebuah rumah sebagai kediaman rasmi Penasihat Inggeris.

Istana Badariah

Didirikan pada hari Isnin, 22 Januari 1940 ( 12 Zulhijjah 1358H ) pada jam 8.00 pagi. Istana ini dibina di atas tanah Lot No.41 di Padang Seri Negara Mukim Batu Buruk seluas 41.844 ekar ( 16.933 hektar ).
Istana ini dibina pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah iaitu Sultan Terengganu ke-13 ( 1920 - 1942 ). Walau bagaimanapn, baginda tidak sempat bersemayam di istana ini kerana mangkat terlebih awal. Namun demikian, jenazah Al-Marhum telah dibawa dari istana ini pada hari kemangkatan baginda.