Selasa, 14 September 2010

pulau bidong


Pulau Bidong

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Koordinat: 5°37′N, 103°04′E
Pulau Bidong ialah sebuah pulau kecil di Terengganu, Malaysia. Ia terletak di luar pantai Terengganu di Laut China Selatan.
Pada 1978, sebuah kem pelarian untuk pendatang tanpa izin Vietnam telah dibina di pulau ini oleh Kerajaan Malaysia dan UNHCR. Ketika ia ditutup pada 1991, kira-kira 250,000 pelarian berada di kem sebelun diterima kebanyakannya oleh Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Perancis. Selepas kem ditutup, banyak pelarian telah dihantar pulang ke Vietnam



Pulau Bidong sememangnya kekal dalam ingatan rakyat Malaysia dan dunia sebagai tempat penempatan pelarian Vietnam sementara antara 1975 - 1990.
Zaman pelarian Vietnam bermula dengan kejatuhan kerajaan demokratik Vietnam Selatan yang disokong Amerika Syarikat ke tangan kerajaan komunis Vietnam Utara pada April 1975. Susulan dengan itu, rakyat Vietnam yang merasa terancam nyawa mereka mula melarikan diri kenegara luar, termasuk melalui jalan laut untuk sampai kenegara lain termasuk Malaysia.
Pendaratan di Malaysia yang pertama adalah pada bulai Mei 1975 apabila sekumpulan pelarian Vietnam yang pertama mendarat di Malaysia di Pulau Perhentian, Besut. Ia kemudiannya diikuti oleh beberapa siri pendaratan lain sehingga meningkat kepada 1,400 pelarian pada 1977. Pada Ogos 1978, melalui pewartaan PU(A) 227, kerajaan negeri Terengganu bersetuju mengistiharkan Pulau Bidung sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam. Kesannya, nelayan tidak dibenarkan menggunakan perairan pulau ini pada jarak 182 dari pulau dan pulau Bidung diistihar sebagai pulau larangan.
Pelarian Vietnam mendarat saban hari, walaupun pada musim tengkujuh, dan jumlah mereka yang terkorban kerana tenggelam dipukul ribut tidak dapat dipastikan dengan tepat, bagaimanapun dianggarkan jumlah kematian pastinya tinggi, disebabkan faktor penggunaan kapal yang tidak sesuai bagi pelayaran jauh disebabkan terlalu lapuk, usang/ jenis kegunaan sungai sahaja, faktor serangan lanun, jumlah penumpang yang selalunya melebihi had selamat, pelayaran dilakukan pada musim ombak besar, kekurangan bekalan makanan, kerosakan enjin, dll.
Jumlah pelarian paling tinggi pada sesuatu pelayaran adalah pendaratan kapal Hai Hong di Pelabuhan Klang pada November 1978 dengan sejumlah 2,400 pelarian di atasnya.
Kemuncak penempatan di pulau Bidung berlaku pada 1978 dengan 60,000 orang tinggal di pulau Bidung pada satu-satu masa, dan 20,000 berjaya dipindahkan kenegara ketiga pada akhir tahun yang sama.
Di antara 1978-1990 jumlah pendaratan pelarian Vietnam ke Malaysia adalah 252,390 dan seramai 4,535 bayi direkodkan kelahirannya. Pulau Bidong dikosongkan sepenuhnya pada 1991.
Bekas pelarian pulau Bidong telah mendirikan 2 tugu peringatan di pulau tersebut, bagi memperingati rakan-rakan mereka yang terkorban.
Pulau Bidong kembali bergolak apabila kerajaan Vietnam menggesa kerajaan Terengganu bagi merombakkan tugu peringatan kedua, yang didirikan diperkuburan pulau tersebut kerana mengandungi kenyataan yang dianggap memalukan kerajaan Vietnam.
Sejarah pulau Bidong tersiar dalam 11 Julai 2005, muka 11, Berita Harian

pulau redang

Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.

Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.
Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang atau Kuala Trengganu dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika. Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.


Sejarah

Pada 1851, Abdullah Abdul Kadir Munshi pernah menceritakan hal Pulau Redang :
"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari...."

PULAU DUYUNG

Pulau Duyong merupakan sebuah pulau di muara Sungai Terengganu di negeri Terengganu, Malaysia. Dahulunya, ia terbahagi kepada Pulau Duyong Besar dan Pulau Duyong Kecil, tetapi pemendapan dan longgokan pasir telah menyatukannya dan juga merubah garis pantainya. Suatu kawasan pendapan baru telah dimajukan menjadi Resort Teluk Warisan yang menjadi tuan rumah kepada lumba kapal layar tahunan Piala Monsun.
Pulau Duyong dahulunya menjadi penginapan ulama terkenal Tok Syeikh Duyong[1] (1802-1889), yang disegani istana dan juga rakyat, dan keturunannya, dan merupakan tempat pengajian agama. Kota Lama Duyong[2] ialah peninggalan zaman itu. Oleh kerana bentuk geografinya dan keertian lokasinya dalam keilmuan agama, Pulau Duyong pernah dirujuk sebagai 'lidah Terengganu'.

MUZIUM NEGERI TERENGGANU




                                                            pengenalan
 

Muzium Negeri Terengganu terletak di Bukit Losong, Kuala Terengganu iaitu lebih kurang 5 km dari pusat bandar. Di atas keluasan tanah 27 hektar, terdirinya 4 buah blok bangunan, blok bangunan utama terdiri daripada lima ( 5 ) tingkat dan tiga (3 ) buah blok lagi empat tingkat. Keluasan lantai keseluruhan bangunan ini ialah 75,075 meter persegi. Aras satu ( 1 ) dan aras dua ( 2 ) digunakan untuk bangunan ruang pejabat ( pentadbiran dan kuratorial ), bilik makmal, bilik fumigasi, studio fotografi, bengkel, bilik simpanan koleksi, bilik mesyuarat, ruang sembahyang, bilik pelbagai guna, dewan teater dan perpustakaan. Aras tiga ( 3 ) hingga lima ( 5 ) digunakan untuk ruang pameran. Ruang-ruang pameran dikenali sebagai Galeri Tekstil, Kraf, Sejarah, Diraja, Seni Islam, Ilmu Kejadian, Petrolium dan pameran sementara. Kompleks ini mula diduduki pada bulan April 1994 dan telah dirasmikan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Shah Ibni Almarhum Sultan Nasiruddin Shah pada 20 April 1996.
pantun.jpg (6385 bytes)
Saksikan pelbagai artifek arkeologi yang menggambarkan tamaddun purba di Terengganu. Pertembungan dua budayagsej1.jpg (7269 bytes) melalui seramik China yang terkenal dengan karya seninya.Tidak kurang juga numismatik yang pastinya menarik perhatian anda.
Menghayati  peristiwa-peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di Terengganu serta mengenali  tokoh-tokoh sasterawan dan sejarawan digsej3.jpg (8659 bytes) samping menteladani serta menghargai segala jasa-jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh mereka dalam membawa perubahan besar kepada negeri Terengganu,bumi bertuah ini.
gsej2.jpg (9770 bytes)Semuanya terdapat di Galeri Sejarah
gislamt.jpg (12608 bytes)

Galeri Islam mendedahkan perbincangan aspek agama Islam yang telah mengubah segala bentuk corak hidup manusia di seluruh dunia. Di Tanah Melayu, Islam didokong dan diperjuangkan oleh nenek moyang zaman silam hingga dapat ditegakkan dengan jayanya hingga kini.
Saksikanlah keunikan Batu Berukir Terengganu, satu penemuan yang menjadi bukti penyebaran dan kegemilangan Islam serta bermulanya tulisan Jawi di Nusantara.
Pelajari dan singkapkan rahsia artifek-artifek yang banyak dipamerkan dalam Galeri Islam. Pasti akan menarik perhatian anda.


graja.jpg (9899 bytes)

  Galeri Diraja membawa anda meninjau bila dan dimanakah Kesultanan Terengganu bermula serta siapakah sultan Terengganu yang pertama ?. Persoalan ini akan terjawab dengan mengkaji salasilah insititusi Kesultanan Terengganu di Galeri Diraja yang turut mempamerkan keunikan keris berpintal kepunyaan sultan, keindahan pingat-pingat dan bintang kebesaran yang dikurniakan kepada mereka yang berjasa.
Semuanya di Galeri Diraja !


graja1.jpg (16690 bytes)



galkraf.jpg (15795 bytes)

kraf.jpg (17613 bytes)
Galeri Kraf memaparkan zaman kegemilangan industri kraftangan yang diwarisi zaman-berzaman. Kesemuanya dihasilkan dengan menggunakan teknologi tradisional berasaskan kemahiran dan kepakaran yang bermutu tinggi, halus dan mempersonakan. Pelajarilah cara-cara membuat barangan tembaga di tempat yang begitu realistik serta kenalilah berbagai-bagai hasil keluarannya.
Jangan lupa untuk menghayati kehalusan dan keindahan seni anyaman tikar, kelarai dan banyak lagi yang penuh berwarna-warni itu.


perahu




Perahu tradisional







Terengganu yang merupakan negeri pesisir pantai pastilah terkenal dengan berbagai-bagai perahu tradisionalnya. Antaranya adalah perahu Payang Barat, Perahu Bedar, Perahu Sekoci dan pelbagai lagi.

Perahu-perahu di Terengganu juga mempamerkan nilai seni yang sangat tinggi khususnya dari segi pembuatan dan hiasan corak pada badan perahu. Perahu ini mampu bertahan sehingga 30 tahun kerana ia diperbuat seratus peratus daripada cengal.
Pernah dahulu apabila tiba waktu musim bah(banjir) perahu sekoci yang dibawah rumah, menjadi mangsa aku dengan kawan-kawan untuk bermain pusing kampung. Seronok bukan kepalang pada waktu itu.
Di muzium aku naik pula perahu besar. Sekarang perahu besar itu menjadi replika sejarah di muzium. Saiznya yang besar membuatkan rasa kagum dan hebat pada hasil tangan orang-orang kita.

permainan gasing



Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Jenis-jenis Gasing

Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.


Membuat Gasing

Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.

Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.

Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala


 Cara Bermain
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.

Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut. gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja


 Pertandingan Gasing

Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.
.
 
Gasing Uri

Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras.

Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam


Gasing Pangkah

Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing.

Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.

gayung

Goyang OtarSebagai sebuah tarian pahlawan, Tarian Gayong Otar ditarikan berpasang-pasangan (lelaki sahaja). Di samping pedang, penari juga membawa sebuah perisai yang digantung padanya loceng-loceng kecil. Dua baris penari akan berundur dan untuk setiap pergerakan barisan penari itu tidak akan berpecah. Alat-alat muzik iringan ialah gong dan gendang dan pakaian penari pula adalah pakaian silat Melayu.